Wednesday, April 1, 2009

HAL2 PERKAHWINAN

hahah....tiap2 1 cabang dlm preparation kawin aku ni, akan ada halangannya..dari hal kain, ke hal cincin, sampaila ke hal wang hantaran, hal kad kawin pun jadi isu gak...bile pk2 balik, klakar pun ade gak...tahpape pun ade gak..tp itulah die cabaran, dugaannyer...tp aku happy...(wpun tru d process aku naik hangin)....hehhee...tp abi sabar melayan aku...muah3...hehe...

ni ade article yg aku jumpe kat internet...by Pn. Fatimah bt Abdul Rahman..bukan niat nk wat pape pun, bukan nk amik credit gak, cume nk berkongsi dgn kawan2 yg lain.....

Anjuran Islam Untuk Berkahwin
Islam adalah satu agama yang menganjurkan perkahwinan. Malah tiada agama tidak menganjurkan perkahwinan kerana perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk membina keluarga dan mengembangbiakkan umat manusia.
Islam melihat perkahwinan sebagai satu daripada fitrah manusia. Setiap manusia perlukan teman hidup yang dapat mententeramkan jiwa dan berkongsi suka dan duka. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan (ar-Rum: 21). Melalui perkahwinan juga, Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berkembangbiak (an-Nahl: 72). Selain ayat-ayat ini, Allah juga berfirman di dalam al-Quran tentang kehidupan para Rasul yang juga berumahtangga (ar-Ra'd: 38). Demikianlah fitrah manusia, sama ada manusia biasa mahupun para Rasul, mereka tetap ingin hidup berteman dalam sebuah perkahwinan.
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku." Hadis ini menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan satu sunnah dan sebagai umat Muhammad, kita perlulah mengikuti sunnah Baginda.
Kemudian dikatakan pula bahawa perkahwinan itu sebahagian dari iman seperti dalam hadis berikut yang bermaksud, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain." Dalam menganalisa hadis ini, Imam al-Ghazali berpendapat, "dengan melangsungkan perkahwinan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan berkahwin akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya. "
Dalam konteks ini, tentulah perkahwinan itu perlu disegerakan. Walau bagaimanapun, ada satu syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu boleh berkahwin iaitu kemampuan. Ini kerana dalam sepotong hadis Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa memiliki kemampuan untuk kahwin, hendaklah ia berkahwin. Hal itu lebih membantu menjaga pandangan serta melindungi kemaluan. Namun, apabila tidak mampu, hendaklah ia berpuasa. Dengan berpuasa, syahwatnya akan lemah." Hadis ini menunjukkan bahawa bila ada kemampuan, kahwinlah. Jangan ditangguhkan lagi. Sebaliknya, bagi yang tidak mampu, ia tidak boleh berkahwin sebaliknya berpuasalah untuk menjaga nafsunya.
Jadi, adalah jelas bahawa Islam adalah satu agama yang menganjurkan perkahwinan dan ia melihat bagi yang mampu, lebih cepat berkahwin adalah lebih baik. Oleh yang demikian, dalam konteks sekarang, kalau sudah berkemampuan, kahwinlah dan jangan tangguh-tangguh lagi. Tambah pula jika penanguhan itu bagi tujuan-tujuan seperti untuk memenuhi kepuasan hidup bujang atau untuk mengelakkan diri dari dikongkong. Ini tentunya bertentangan dengan Islam kerana perkara-perkara ini akan mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang tidak baik.



so, perkahwinan ni adalah sesuatu yg indah, yg dituntut dlm agama.....dan aku, alhamdulillah, bakal menuju ke arah itu, dengan bakal suami yg aku tau, sgt2 meyayangi aku, dan begitu juga aku, sgt2 menghormati + sayang kat dia, dgn restu kedua2 belah pihak keluarga, dan juga restu kawan2 sekalian...aku rasa bahagia sgt2....

balik2 cite hal nk kawen kan?? hal yg lain aku xmo cite lak...padahal mcm2 lagi yg jadi kat aku...hal kat ofc, hal kat umah, hal dgn geng HD, hhaha.....hal dgn geng HD ni la yg byk ceritanya...next post k.....

abi, i love u. muah3...(dah 6x dah main muah2 ni....nampak sgt aku dan tunangku ini tidak dapat diselamatkan lagi, n mmg perlu segera dinikahkan!!) hahaha..... ;p




No comments:

Post a Comment