Dah lama sbnrnya aku mengikuti perkembangan perang antara Palestin dan Israel. Perang yg tidak hanya melibatkan negara, tapi turut melibatkan tanah, sejarah, agama, kepercayaan & harga diri sesebuah bangsa.
Pencarian dgn lebih detail dimulakan dgn membaca buku Harun Yahya..dari sejarah kewujudan Israel itu sendiri, dgn perbincangan mengenai peristiwa "holocaust" yg heboh dipertahankan oleh bangsa mereka, dgn proses pengambil-alihan Palestin secara paksa dan penuh dgn keKEJAMan, dan tahap keKEJAMan itu terus diwarisi sehingga kini.
Pelik tapi benar. itulah yg boleh diperkatakan mengenai orang-orang Israel, yg pada asalnya tidak bernegara, tetapi berjaya merampas tanah negara orang, lantas membina negara sendiri, sehinggakan hari ini, boleh dikatakan menjadi salah satu negara paling "berpengaruh" di dunia ini.
"berpengaruh" tidak memberikan sesiapa pn lesen utk bertindak sesuka hati. Membunuh berjuta-juta org, baik lelaki, perempuan, warga emas mahupn kanak-kanak. Tujuan & cita-cita mereka hanya satu : memastikan tiada lagi penganut agama Islam di bumi ini.
Masih segar lagi di ingtan, tatkala mereka dgn senang-lenangnya mengebom, menyerang & membunuh rakyat Palestin pada akhir tahun 2008 - awal 2009 lalu. Part yg paling best, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka, walaupun mereka "dikecam, dikutuk sekeras-kerasnya" oleh masyarakat dunia.
Mana dia bantuan dari si pemain besar dunia - Amerika, China, Rusia, etc? Hanya mengecam, mengutuk, mengadakan sidang akhbar dgn pelbagai taburan janji yg masih tidak menampakkan sebarang hasil setakat ini.
Serangan ke atas konvoi bantuan kemanusiaan pada 31/5/10 (semalam) - tambahan kepada segala bukti yg telah terhidang sebelum ini - betapa bongkak, angkuh, sombong dan tidak berperi-kemanusiaan langsung tindakan mereka itu. tidak dilupakan juga bodoh, dan KEJAM.
Moga nasib rakyat Malaysia yg menyertai misi tersebut dapat diketahui secepat mungkin. Jika mereka selamat, Alhamdulillah. Jika sampai ajal mereka, maka untunglah mereka kerana telah syahid demi membantu saudara sesama Muslim.
Aku tahu, dgn tulisan sebegini, dgn "kecaman, kutukan sekeras-kerasnya" masih tidak dapat membantu Palestin (bagi level aku sebagai rakyat picisan yg tidak mempunyai kuasa). Tapi Nabi SAW juga telah berpesan, jikalau kita melihat sesuatu kejahatan berlaku di depan mata kita, jika berdaya, bertindaklah utk menghalangnya. jika tidak mampu, halanglah dengan menggunakan perkataan (berbicara). jika tidak mampu, halanglah dgn hati.
Hanya ini yg mampu aku lakukan setakat ini.
Moga Allah melindungi Palestin, dan membalas segala keKEJAMan yg dilakukan mereka yg tidak berhati perut ini.
Nota kaki : Israel adalah bangsa. Yahudi adalah agama. Zionis adalah gerakan. Maka yg bertanggungjawab terhadap semua keKEJAMan ini adalah siapa sebenarnya?? yg pasti, Allah lebih mengetahui.
Innalillah.....
No comments:
Post a Comment